Tuesday 1 November 2011

Keluarga sayang

         Aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluargaku terdiri dari empat orang iaitu ayah,ibu,abang,dan aku.Kehidupan keluargaku amat sederhana.
   

         Aku anak bongsu dalam keluarga. aku dilahirkan di Hospital Manjung.Aku amat meminati sukan bola sepak.Pada masa lapang aku gemar membaca buku cerita.

        
         Ayahku bernama Khairul Sham.Ayah bekerja sebagai pegawai kastam di Manjung.Umur ayahku 43 tahun .Pada waktu lapang,ayahku suka menonton televisyen.
  
         Ibuku bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah di manjung.Ibuku berumur 41 tahun.Hobi ibuku suka membaca majalah.
        
         Aku mempunyai seorang abang bernama Shafiq.Abangku bersekolah di Bagan Datok dalam Tingkatan Lima.Abang seorang yang rajin membantu ibu bapaku di rumah.

          Aku sangat sayang kelurga.Aku berharap keluarga akan hidup bahagia.
       

No comments:

Post a Comment