Monday, 14 November 2011

ular

Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).
Dalam bahasa Inggeris, sinonim kuno bagi ular adalah serpent; dalam kegunaan moden ini merujuk kepada ular mistik atau simbolik, dan maklumat mengenai haiwan sedemikian boleh didapati di bawah simbol ular. Rencana ini berkaitan biologi ular.

Tuesday, 1 November 2011

   

Ikan Pirana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan Pirana
Pirana di Taman Botani Liberec
Pirana di Taman Botani Liberec
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kardota
Kelas:Actinopterygii
Order:Characiformes
Keluarga:Characidae
Subkeluarga:Serrasalminae
Géry, 1972
Tribe:Pirana
Genus
Catoprion
Pristobrycon
Pygocentrus
Pygopristis
Serrasalmus
†MegaPirana
Ikan Pirana atau Piranha ialah sejenis ikan omnivor kecil air tawar yang tinggal berkumpulan di dalam Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan.
Ikan ini mempunyai banyak gigi yang sangat tajam yang digunakan untuk memakan mangsa. Ikan ini mempunyai deria bau yang sangat kuat seperti ikan jerung. Ikan ini juga mengemari darah. Ikan Pirana memburu bersama dan memakan hasil buruan mereka bersama. Walaupun mereka kecil, mereka sangat ganas. Mereka cuma mengambil kurang daripada satu minit untuk menghabiskan seekor anak bangau yang baru hendak belajar terbang. Ikan Pirana disebut sebagai,Ikan Pirana. Bunyi huruf 'H' itu tidak kedengaran. Ikan Pirana mempunyai warna seperti ikan kembung iaitu warna hitam-kelabu

Keluarga sayang

         Aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluargaku terdiri dari empat orang iaitu ayah,ibu,abang,dan aku.Kehidupan keluargaku amat sederhana.
   

         Aku anak bongsu dalam keluarga. aku dilahirkan di Hospital Manjung.Aku amat meminati sukan bola sepak.Pada masa lapang aku gemar membaca buku cerita.

        
         Ayahku bernama Khairul Sham.Ayah bekerja sebagai pegawai kastam di Manjung.Umur ayahku 43 tahun .Pada waktu lapang,ayahku suka menonton televisyen.
  
         Ibuku bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah di manjung.Ibuku berumur 41 tahun.Hobi ibuku suka membaca majalah.
        
         Aku mempunyai seorang abang bernama Shafiq.Abangku bersekolah di Bagan Datok dalam Tingkatan Lima.Abang seorang yang rajin membantu ibu bapaku di rumah.

          Aku sangat sayang kelurga.Aku berharap keluarga akan hidup bahagia.
       

Thursday, 27 October 2011

cheat gta liberty city ps2

GTA: LCS Cheat Codes

The following cheats for Grand Theft Auto: Liberty City Stories on the PlayStation 2 are entered during game play. Cheats for other popular Grand Theft Auto games can be found on the Top Grand Theft Auto Cheats page.
Aggressive Drivers
Cheat code: Square, Square, R1, X, X, L1, Circle, Circle
All Green Lights
Cheat code: Triangle, Triangle, R1, Square, Square, L1, X, X
All Vehicles Chrome Plated
Cheat code: Triangle, R1, L1, Down, Down, R1, R1, Triangle
Black Cars
Cheat code: Circle, Circle, R1, Triangle, Triangle, L1, Square, Square
Bobble Head World
Cheat code: Down, Down, Down, Circle, Circle, X, L1, R1
Calls Closest Ped To Come Hop In Your Vehicle
Cheat code: X, Square, Down, X, Square, Up, R1, R1
Cars Drive On Water
Cheat code: Circle, X, Down, Circle, X, Up, L1, L1
Change Bike Tire Size
Cheat code: Circle, Right, X, Up, Right, X, L1, Square
Clear Weather
Cheat code: Up, Down, Circle, Up, Down, Square, L1, R1
Commit Suicide
Cheat code: L1, Down, Left, R1, X, Circle, Up, Triangle
Destroy All Cars
Cheat code: L1, L1, Left, L1, L1, Right, X, Square
Display Game Credits
Cheat code: L1, R1, L1, R1, Up, Down, L1, R1
Faster Clock
Cheat code: L1, L1, Left, L1, L1, Right, Circle, X
Faster Gameplay
Cheat code: R1, R1, L1, R1, R1, L1, Down, X
Foggy Weather
Cheat code: Up, Down, Triangle, Up, Down, X, L1, R1
Full Armor (Blue Bar)
Cheat code: L1, R1, Circle, L1, R1, X, L1, R1
Full Health (Red Bar)
Cheat code: L1, R1, X, L1, R1, Square, L1, R1
Have People Follow You
Cheat code: Down, Down, Down, Triangle, Triangle, Circle, L1, R1
Money Cheat ($250,000)
Cheat code: L1, R1, Triangle, L1, R1, Circle, L1, R1
Never Wanted
Cheat code: L1, L1, Triangle, R1, R1, X, Square, Circle
Overcast Weather
Cheat code: Up, Down, X, Up, Down, Triangle, L1, R1
Peds Attack You
Cheat code: L1, L1, R1, L1, L1, R1, Up, Triangle
Peds Have Weapons
Cheat code: R1, R1, L1, R1, R1, L1, Right, Circle
Peds Riot
Cheat code: L1, L1, R1, L1, L1, R1, Left, Square
Perfect Traction
Cheat code: L1, Up, Left, R1, Triangle, Circle, Down, X
Rainy Weather
Cheat code: Up, Down, Square, Up, Down, Circle, L1, R1
Raise Media Attention
Cheat code: L1, Up, Right, R1, Triangle, Square, Down, X
Raise Wanted Level
Cheat code: L1, R1, Square, L1, R1, Triangle, L1, R1
Random Ped Outfit
Cheat code: L1, L1, Left, L1, L1, Right, Square, Triangle
Slower Gameplay
Cheat code: R1, Triangle, X, R1, Square, Circle, Left, Right
Spawn Rhino
Cheat code: L1, L1, Left, L1, L1, Right, Triangle, Circle
Spawn Trashmaster
Cheat code: Triangle, Circle, Down, Triangle, Circle, Up, L1, L1
Sunny Weather
Cheat code: L1, L1, Circle, R1, R1, Square, Triangle, X
Upside Down Gameplay
Cheat code: Down, Down, Down, X, X, Square, R1, L1
Upside Down Gameplay 2
Cheat code: X, X, X, Down, Down, Right, L1, R1
Upside Up
Cheat code: Triangle, Triangle, Triangle, Up, Up, Right, L, R
Weapon Set 1
Cheat code: Up, Square, Square, Down, Left, Square, Square, Right
Weapon Set 2
Cheat code: Up, Circle, Circle, Down, Left, Circle, Circle, Right
Weapon Set 3
Cheat code: Up, X, X, Down, Left, X, X, Right
White Cars
Cheat code: X, X, R1, Circle, Circle, L1, Triangle, Triangle

Tuesday, 18 October 2011

sejarah merdeka

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA KEMERDEKAAN
ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 - 1970)
 
Untuk maklumat lanjut tentang Tunku Abdul Rahman sila klik disini
 
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.
Stadium Merdeka
Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957
Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.
   

Monday, 17 October 2011

Perang Dunia Pertama Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Perang Dunia Pertama Tarikh 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 Tempat Eropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik) Hasil Kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungaria. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur. Pihak bersengketa Pihak Berikat Flag of Russia.svg Rusia Flag of France.s

Perang Dunia Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Dunia Pertama
Tarikh 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
Tempat Eropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik)
Hasil Kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungaria. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur.
Pihak bersengketa
Pihak Berikat Flag of Russia.svg Rusia
Flag of France.svg Perancis
Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom
Flag of Canada-1868-Red.svg Kanada
Flag of Italy (1861-1946).svg Itali
US flag 48 stars.svg Amerika Syarikat
Kuasa Pusat Bendera Bulgaria Bulgaria
Bendera Uthamaniyyah Empayar Turki Uthmaniyyah
Flag of Austria-Hungary 1869-1918.svg Austria-Hungary
Flag of the German Empire.svg Empayar Jerman
Korban dan kehilangan
Mati (tentera):
5,525,000
Cedera (tentera): 12,831,500
Hilang (tentera): 4,121,000[1]
...perincian lanjut.
Mati (tentera):
4,386,000
Cedera (tentera): 8,388,000
Hilang (tentera): 3,629,000[1]
...perincian lanjut.
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.
Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

[sunting] Punca Perang Dunia I

Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka